Tuesday, May 24, 2011

Kekesalan...

Aku memahami konsep dan ideologi sebahagian manusia di muka bumi ini. Mereka mahukan yg terbaik daripada setiap perbuatan yg mereka mahu tp tidak kah mereka tahu yg sebenarnya manusia ini sesungguhnya tidak sempurna?? Aku mengambil sedikit kesempatan menemuramah sebahagian daripada manusia ini secara tidak langsung, dan telah aku simpulkan, dan aku mula memahami jawapan mereka dan mula mengenal erti sebenar kehidupan... 

'Ibu bapa  langsung tak tahu betapa hebatnya anak jantan mereka sehingga memandang rendah padanya'

'Keluarga mereka tidak pernah terlepas daripada seksaan kemiskinan'

'Setelah berusaha dengan rajin, pulangan tidak setimpal'

'Penyakit menyerang semua orang, tidak kira orang kaya, miskin, cantik mahupun hodoh'

'Kita juga tidak dpt memilih di mana, bila dan oleh siapa kita dilahirkan'

'Ada orang menang dan bertuah, sudah tentu ada orang yg kalah dan malang'

'Kesalahan sendiri tidak dpt dilihat namun orang lain dpt melihat kesalahan kita'

'Namun, kadang-kadang konflik berlaku sebab semua orang mempunyai sesuatu yg ingin dipertahankan oleh dirinya dan ia adalah berlainan, lalu niat baik berubah menjadi jahat'

'Disebabkan fikiran setiap orang berbeza,kita perlu mencuba dan mencari haluan sendiri'

'Kepanjangan haluan bergantung kepada keteguhan kita yang berada di sempadan hidup dan mati'

ITULAH ERTI SEBENAR KEHIDUPAN