Thursday, January 30, 2014

NPC in simple explaination.

NPC
Atau Nasopharyngeal Carcinoma
Atau Barah Hidung


Secara amnya
Kanser ni
Berada di tahap tertinggi
Pada orang dewasa berumur 40-60 tahun
Namun
Orang muda juga tidak terkecuali

Kanser ini
terjadi apabila sel squamos
dijangkiti Epstein Barr Virus (EPV)

EPV ni
adalah virus yang paling common
Yang menyebabkan sel kanser terjadi
Ia juga boleh
Menyerang lymphatic system
Dan menyebabkan tanda-tanda awal terjadi
Seperti bengkak dileher, di ketiak, hidung berdarah, sukar bernafas

Credit to www.mmgazette.com/nasopharyngeal-carcinoma-east-malaysian-perspective-dr-ahmad-nordin/

Apabila kanser ini didiagnosa atau dijumpai doktor
Ia mungkin di peringkat 3 atau 4
Atau dalam size yang besar
Kerana ia tidak akan menunjukkan tanda-tanda
Apabila di stage pertama atau kedua

NPC juga
Berpotensi merebak melalui jalinan genetik
Terutamanya dalam kalangan keluarga
Namun tidak semudah itu NPC terjadi
Cara hidup dan tabiat juga menjadi penentu

Jadi
Amalkan lah hidup yang sihat
Walaupun kanser menyerang seseorang
Jangan lah anda berputus asa
Sememangnya rawatan untuk kanser secaranya amnya sangat menguji
Tetapi demi kelangsungan hidup
Kita wajar berikhtiar
Untuk terus hidup

...
Wallahualam

For more info visit www.mmgazette.com/nasopharyngeal-carcinoma-east-malaysian-perspective-dr-ahmad-nordin/



Tuesday, January 28, 2014

Panggilan 11.00 malam...

Semalam
Dapat panggilan telefon dari sahabat lama
Sebab
Ada sahabat saya
Tgh nazak

Sahabat saya ni
Perempuan
Tak sangka
Lepas konvo
Dalam 2 ke 3 hari
Terus sakit
(Info dari ibunya)

Info yang saya dapat
Arwah mengalami
NPC aka Nasopharyngeal carcinoma
Atau dalam bahasa senangnya
Barah hidung

Arwah diberitahu
Pernah mengalami discharge di hidungnya
Tapi arwah cakap hanya resdung
Dan tiada sebarang med check up dilakukan
(Info dari Nur Munirah Othman)

Lepas simtom menjadi-jadi
Arwah dihantar keluarganya
Ke Hospital Sultanah Bahiyah
Diagnosis menunjukkan
Arwah mengalami NPC stage 4

Penyakit kanser ni
Hanya menunjukkan simtom
Jika kanser mencapai stage 3 atau 4
Jadi
Peluang arwah pada saat tu amat tipis.

Dan
Arwah menghembuskan nafasnya yg terakhir
Pada hari Selasa 28 Januari 2014
Innalillah....

Arwah merupakan
Classmate saya
Sewaktu di Matrikulasi Penang
Arwah juga seorang yang ceria
peramah dan sangat dihormati
Kerana kematangannya

Arwah ditengah. Credit to Nur Munirah Othman

Arwah di sebelah kiri. Credit to Nur Munirah Othman
Untuk info tentang NPC
Akan saya post
Pada post yang akan datang
Insyaallah.

Shamila Abd Yazid
Moga bahagialah dikau di sana
Ku kirim doa untukmu
Semoga dikau ditempatkan
Bersama orang2 yang solehah

...

Monday, January 27, 2014

What is MVA?

Minggu ni
Aku still praktikal kat Neurosurgery Ward
Tapi keja petang
Panas sungguh
Panas tu hanya Allah yang tau

Patient pun ramai yang demam
Jenuh jugak nak buat cold compress sorg2
Tapi
Patient dah tak ramai cam minggu lepas
Buat keja pun tak crowded sgt

Pas abeh suma keja
Aku pun belek2 file patient
Then aku nampak istilah atau short form
Short form yang common
Utk kebanyakan pesakit

MVA
Tahukah anda apa itu MVA?
MVA ni maksudnya
Motor-Vehicle-Accident

Contoh MVA. Gambar sekadar hiasan

Atau dalam Bahasa Melayu nya
Kemalangan melibatkan kenderaan bermotor
Termasuk kereta, motosikal, lori
Or whatever kenderaan bermotor

Mostly
mereka yg ada istilah ni dlm file diorg
Mereka mungkin dalam keadaan tak sedar
atau sedar tapi confused
sebab otak atau saraf dah cedera
atau orang panggil Brain Injury

Impact that affect the brain. Gambar sekadar hiasan

Akibat dari MVA ni
Pesakit berkemungkinan akan hilang sebahagian ability
Macam bercakap, pergerakkan mata, pergerakaan anggota badan, pendengaran
dan lain-lain lagi
kerana bahagian otak yang mengawal sistem2 tersebut
dah cedera

Nak tau fungsi untuk bahagian2 otak? Baca ni.

Bila keja dlm ward ni
Aku tgk
Kadang2 kesian
Tapi nak buat mcm mana
Qada' qadar itu kita kena percaya

Memang kesian tu kena ada
Tapi tak boleh berlebih-lebihan
Takut nanti tak boleh buat kerja
Sbb takut

Sbb tu aku penah kata dalam post dulu2
Sama ada kita kaya, miskin, baik atau jahat
Semua orang takkan terlepas daripada diuji
Manusia kan sememangnya lemah

Dah abeh tgk file
Tak sedaq plak dah smpai masa rehat
Cepatnya masa berlalu
Hm.... (lapar)


Sunday, January 26, 2014

Genocide in Myanmar...

Dalam 2 ke 3 mggu ni
Aku concern dgn satu berita
Mengenai 2nd round
Penhapusan etnik
Especially puak Rohingya di Myanmar

Sebenarnya
Apa yg kerajaan Myanmar pikir ni?
Tak boleh ka negara Myanmar ada bangsa Islam?
Ini satu kekejaman global
Mcm di Bosnia Herzegovenia dlu.

Kalu kita tanya kwn2 kita
Tak ramai pn yg tau pasal ni
Sbb kita dikaburi
Dgn mcm2 bentuk distraction
Distraction tu umum
Korg sendiri pun tau kan

Mula2
Aku ingat penghapusan etnik ni
Baru ja berlaku
Tgk2
Dari tahun 1982 lg

Tgk la kawan2
Dengki cmtu skali
Mereka dgn Islam
Satu pun tak dilepaskan

Dasar pemerintahan yang kejam
Muslim rohingya dinafikan hak kerakyatan
Merempat dlm negara sendiri
Tak dak perlindungan

Burma Citizenship Law of 1982
Adalah suatu diskriminasi agama
Muslim rohingya dianggap pendatang
Sebahagian menjadi pelarian

Mengapa negara2 Islam senyap saja?
Sembang besaq
Bila ada isu camni
Senyap ja
Kaya dgn minyak la
Hapa la
Saudara sendiri merempat pn tak tau

“Barangsiapa yang tidak mengambil peduli umat Islam yang lain, dia bukan dari golonganku” [H.R At-Tabrani]
Wallahualam...

Saturday, January 25, 2014

Attitude dan sikap...

Kekadang kita suka bajet suci depan orang,
seakan-akan kita tak pernah berada di zaman gelap dan zaman kegagalan.
Come on lah. 
Bantu. 
Bukan menjauh
Credit to: A'ain Hidayah 

Situasi ni
Mmg aku terasa 
Sampai hari ni 
Kawan2 ex university aku
Especially classmate aku dlu
Mostly dah melupai aku

Tp ada jgak yg ingat pada aku
Geng Arsenal, taufiq dgn rashdan
Aku appreciate korg

Ya la kan
Sapa nak ingat
Pada si GAGAL masa dahulu kan 
Masa seronok boleh la 
Masa susah?

Bile GAGAL ni
Orang dah x pandang kita 
Orang makin menjauh
Seolah-olah
GAGAL tu completely closed the 
Friendship
Knowledge 
Information
And even relationship
Suma lost 

Ingat lah kawan
Jgn hidup kat muka bumi
Dgn berlagak sombong
Gagal tu bukannya makna 
punah masa depan

Itu semua ujian
Cuba letakkan diri anda
Di tempat orang yg GAGAL tu
Anda akan paham perasaan mereka

Semua org ada zaman gelap
Salahkah anda membantu
Walaupun sekadar 1% dlm hidup mereka?
Fikir-fikirlah
...
...


Friday, January 24, 2014

Susah jugak la kan..

Kemarin
sbb aku letih sgt
post pn cam x berapa ilmiah
Hari ni bleh la aku cita pasai keja aku sebelum cuti weekend.
 
Utk dijadikan cerita
kemarin
Aku ditugaskan utk assist doktor wat suturing
Atau org panggil menjahit
Bukan jahit baju
Kalu nk tau camna
Sila tgk mcm mana Apek dlm Ali Baba Bujang Lapok jahit
Haha
Barang2 suma aku kena prepare.

Dressing set
Needle holder
Suture scissors
Brilon size 3
Povidone
Normal saline
Opsite
Lignocaine

Gambar sekadar hiasan (mmg bentuk mcm ni)
Patutnya kalu suturing ni x payah assistant
Tp doktor insist
Sbb dia buat suturing kat pesakit yang tak sedar
Yang tak boleh obey command
Dia takut pesakit gerak2 sbb tkut jahit x cantik

Location of suturing: tapak tangan
Pergh
Tapak tgn dah la sensitif
Kompom rsa sakit punya
Kita kalu tapak tangan kna pisau pun
Nk makan nasi payah
Lagi tak selesa

Gambar sekadar hiasan

Bila mula ja jahit
Tangan patient tu asyik tarik2 ja
Kuat gila dia tarik
Aku yg main ragbi ni pun mengaku yg patient ni mmg kuat
Walaupun dah bagi local anestetik
tp patient tu rasa sakit kot


Masa jahit tu
Darah toksah dok kata
Byk la jgak
Meleleh ja keja
Gauze 3 paket pn penuh darah

Kesian jgak patient ni
Pas kena jahit tu
Dia demam trus
Aku pun truih bagi ubat pakai ryles tube
Plus basahkan badan dia sikit
Supaya suhu badan turun

Utk satu patient ja
Sejam setengah jugak nak abeh
3 tempat jahit
Peluh tu sampai staff nurse pun gelak kat aku
Itu la maknanya kerja
tak duduk saja~

p/s: Jika ada istilah yang tak paham atau menda yang tak pasti, tanya ja. insyaallah saya jawab dalam ruangan komen.

Balik kmpg sat...

Hari ni
Aku balik kmpg sat
Tgk mak ayah
Jumpa member

Sampai kmpg
Member ajak main ragbi
Letih balek praktikal pn x abeh lg
Tp sbb dah kemaruk sgt
Layan main pi la sat

Balek smpai umah
Letih kemain
Sengal satu badan
Nk tgk tv pn x dak selera

Jumpa member sat
Semua dok plan mcm2 utk hjg mggu
Plan aku?
Layan buah limau sekotak baru beli....
Hehe~~

Wednesday, January 22, 2014

Last Office...

Hari ni
Entah dgn tiba-tiba
Nursing School aku buat mesyuarat.
Padahal aku tgh praktikal time tu

Diorg plan pukul 12 tgh hari
Last2 tukar plan
dari 12 tgh hari ke pukul 10 pagi
Terbantut kerja aku

Masa tu
Aku tgh buat L.O
atau orang panggil Last Office
Tau x hampa Last Office ni apa?

L.O ni maksud dia
kita akan menyediakan pesakit yang telah mati
untuk dihantar ke bilik simpanan mayat 
atau orang panggil Mortuary

Dalam mortuary ni
pengecaman mayat
autopsi dan segala bagai akan dilakukan
paham x suma?
Mortuary. Gambar sekadar hiasan
Sebelum nak hantar pesakit yang telah meninggal ke mortuary
aku kena prepare suma barang.
dan after conform dgn doctor dan staff nurses,
baru la aku dgn kawan2 lain start

 Macam biasa mandikan mayat,
bersihkan kekotoran,
membungkus mayat
jika ada tube atau ventilator kena remove
macam tu la.

Masa ni la
Saat paling sedih bagi keluarga pesakit
Menangisi pemergian ahli keluarga tersayang
Ajal maut tu x da siapa tau

Dalam aku belajar 2 tahun ni
Berapa banyak mayat aku dah tgk pun aku tak tau
 Aku buat L.O pn x ingat bapa kali
Hm...

Tapi
Bukan pada orang yg hidup saja kita perlu buat baik
Dgn orang mati sekalipun kita kna hormat depa
Respect their body
Reassure their family
Itu yg penting

Jadi, bila dah terbantut keja L.O ni
Terpaksa la aku pass keja ni kat staff nurse
Maafkan kami wahai staff nurse...
Huhuhu~

Tuesday, January 21, 2014

Letih ternganga...

Dah dkat sebulan
Aku praktikal dlm ward A2 Neurology
Letih ternganga
Abeh kerja member2 suma kepala lembik 


Classmate yang sedang kepenatan selepas abeh shift

Aku pn x larat jgak.
Hari ni keja byk sgt
Tak menang tangan
Full throttle la orang kata

Nama pun student nurse
Laki plak tu
Keja2 heavy ni keja aku
Keja2 ringan pn keja aku

Yang penting
Kita jgn berkira sgt dgn kawan2
Bukan dgn kawan ja,
Dgn orang lain pn jgn berkira
Tolong menolong apa salahnya
Teamwork tu penting

Dunia nursing ni
Kalu x da teamwork
Nurse pn boleh mati
Mati sbb overwork

Bukan dlm nursing ja
Bahkan dalam semua bidang pkerjaan sekalipun
Teamwork tu penting.

Dunia blogger
Kalu teamwork tu kaw2
Mmg boleh success until peak level
Kenapa? Tak percaya?
Hehehe~

Siapa sebenarnya saya... Part 1

Dulu
Aku melalui period pembelajaran yang normal
Macam orang lain jugak
Step by step

Sek Ren Taman Ria
MRSM Pendang
Matrikulasi Penang
dan... U_ _ _

Lepas matrikulasi
Aku dapat tawaran utk amek engineering
Degree in Chemical Engineering
dengaq ja cam gempak

Gempak sbb apa?
Bidang yang luas
Potential job yg cemerlang
GAJI lumayan

Tapi
Lepas 2 tahun belajaq
Aku SANGKUT
memang KECEWA 
Ni bukan jatuh ditimpa tangga dah
Jatuh ditimpa bencana alam dah punya level

2 tahun yang sia-sia
Secara jujurnya salah aku pun ada jugak...
Aku bukan tak belajar
Tapi aku akui
Aku dikuasai environment

Aku bukan jenis suka berjoli
bukan jenis kaki perempuan
bukan jenis suka berfoya-foya
bukan jenis buat MLM (budak Uni ramai buat menda ni)

Tapi aku jenis suka BERSUKAN
Masuk ja Universiti mmg syurga bagi aku untuk bersukan
Aku mmg gila2 punya
Jarang la nak miss bersukan dalam sehari
Kalau hujan tu mmg dok rumah la

Aku main RAGBI
Sukan yang aku ceburi dari sekolah
Bila masuk ja universiti
Mmg aku tergamam

Mana tak nya
Aku main ragbi dgn player2 Malaysia
Ex-player Malaysia pun ada
Mmg rasa nak improve macam depa

Pulon gila2 punya
Never ending improvement
Orang kata harap boleh main sekali dalam tournament
Jadi reserve pun kira jadi la

Bila dah jadi kenalan dan masuk dlm team (reserve)
Boleh kata hujung minggu kalu ada tournament ragbi
Aku ikut coach
Dok atas tong ais pun tak pa
Asalkan boleh tgk teammate main ragbi

Banyak tempat aku travel
UPM, UiAM, UKM, Royal Selangor Club (RSC) 
dan macam2 lagi
Semata-mata nak tgk and support team

Hujung minggu
Mmg bukak buku sikit sangat
Everyday subject ssh nak cover
Everyday learning jugak susah nk catch up
Mmg pedih jugak time tu nk cover

Selalu hujung mggu ada jgak aku buat revision
Bila dah involve dgn ragbi, mmg hjg buku payah nak bukak
Letih punya pasai
Letih travel

Ada satu tournament yang aku main
Muscle aku tear
muscle dkat bahu kanan
mmg tak boleh angkat 2 minggu
Merana jugak la

Pastu ada sekali lepas training
Bahu kiri aku retak
Balek umah baru rasa
pukol 1 pagi pi hospital
Mmg azab la

Kesudahannya, aku KANDAS semester 4
Memang pedih gila2 punya
Hanya Allah yg tau hati aku macam mana
Dengan hutang PTPTN
Mmg SpeechlesS....

Tapi hidup mesti diteruskan..


That is the end of Part 1.

Gambar lama tp sekadar hiasan

Perkenalan diri yang lambat... Ampun~

Kepada para pembaca
Harap maaf
Saya belum memperkenalkan diri
Tulis ja pandai tp lupa nak introduce diri

Nama saya Yusuf
Umur 24 tahun
Second year Diploma in Nursing
Study dekat kolej swasta di Penang

Sebenarnya kalau diikutkan
umur 24 tahun
Selalunya umur takat ni dah abeh study dah
even dah keja dah pun byk

buat diploma ja pun
Tapi baru 2nd year
Tak pelik ka?
Even Engineering pun dah abeh blajaq dah

Kenapa ada yang cakap camtu?
Jawapannya adalah
Majoriti mereka yang ada 'sedikit info'
akan anggap 
aku study nursing umur 18-20 tahun
tapi jawapannya, aku start umur
22 tahun

Persoalan:
kenapa start belajar lewat dari kawan2 sebaya yg lain??
Nanti aku cerita...

p/s: update selepas ni akan menggunakan perkataan 'aku' dan bahasa rojak buah versi kedah yang sesiapa tak dapat tangkap boleh komen untuk bertanya.




Minat~

Baru-baru ni aku terfikir
Nak tukar minat
Especially sukan
Intermission from rugby

Bukan aku tak mau main ragbi dah
Cuma nak tukar angin sikit
Kadang-kadang nak jugak kita ubah angin
Stick to one point not good enough for your life
Broaden your mind a bit

Then
Aku jalan-jalan kat Queensbay
Ternampak la kedai Golf
Layan ja la sat
tau dah x mampu

Tgk la aku semua menda
attire, batang golf, bag suma
mak ai
sememangnya sukan utk org kaya

Batang golf RM499 paling murah
Pergh
Siap ada tempat nak test hayun lagi
Mmg niat nak try, tp aku bukan potential buyer

Tp yang murah cap dia ja
Paling murah RM30
Brand TITLEIST
pronoun as 'Title list'
Brand yang x penah aku dok dgaq
Tp femes nak mampueh
femes utk golfer ja la

Adam Scott, Rank No 2 
Adam Scott
Golfer ranking no2 dunia pakai brand ni
pergh
Sapa layan golf tau la
Info ni mem
Kah3

Pastu tgk Tennis plak
Macam2 brand racket
Wilson la, entah apa jenama suma ada
Tapi yang best tgk racket jenama BABOLAT

Nama pn Babolat
Aku ingat orang Malaysia yang reka jenama ni
Sempena perkataan 'bulat'
Tgk2 brand Babolat ni femes nak mampos

Rafael Nadal selalu pakai brand ni
Mmg terkejut la aku
Tp tgk nama pun Babolat
Babujur x dak ka
keh3


Walau apa pun
Tu suma target ja
Paling dekat pun tennis
Golf jauh sekali
kalu nak try test power
Pi hayun kat LAGUNA MERBOK
ada tempat nak hayun
bayaran tak pasti
sbb aku pun x penah pi lg
keh3~

Sapa tau tmpat ni tau la. keh3
sumber: Internet.

Monday, January 20, 2014

Nice weekend~

Baru-baru ni
Pi tgk game Arsenal vs Fulham
Tgk kat Pelita
Depan USM induk

Meriah sungguh
Berbilang bangsa
Including bangla myanmar suma ada
Layang sungguh

Tgk gol Cazorla
Right foot 1st goal
Left foot 2nd goal
Aku pun x tau dia ni kaki yg mna dominan
Kah3

Kalu tgk game Madrid vs Betis
Kompom la Madrid get my vote
Secara jujurnya
Kalu aku jadi keeper Real Betis
Msti cuak gila 

Mana x cuak
Right foot specialist
Left foot specialist
Ronaldo dgn Bale
Innalillah la jawabnya
Kah3
Ronaldo dgn Bale. Free kick. Mmg goal la. Marcelo dok belakng dah celebrate awai dah. Kah3



Thursday, January 16, 2014

Semangat...~

Cuti-cuti
Nak kata enjoy pn x bleh gak
Duit tgh ciput
Takut bajet x cukup

Penang
Rakyatnya berbilang bangsa
Bila ada perayaan
Semua akan turut serta
Semangat gitu kan
Hehe

Komputer plak
Asyik buat hal
Keja apa pn x leh buat
Asyik 'hang' ja
Haish....

Hujung mggu kenduri member
Tu ja aktiviti yg bleh buat
Buat lemak
Apa bleh buat
Hidup seorang student
Sabag2 ja la
Huhuhu~~

Wednesday, January 15, 2014

Sate 3 kupang~~

Udah2 la tu
Kangkung ke mana
Harga ke mana
Nak bising pn menda dah jadi

Disebalik harga kangkung turun
Ada jgak harga makanan yg x naik2
Syukur jgak tu
Nk tau ka apadia?
Nin dia!


Sate 3 kupang
Atau 30 sen
Mana nak dapat bai
Dari aku kecik2
Harga tu ja
Kalu kdai lain
5 kupang ja paling murah
Kat sini
Lu bleh dpt 3 kupang
 Bukan tu ja
Free timun dgn kuah kacang lg
Walaupun sekali gigit lesap
Tp kalu nk lepas gian lapag sate
Aku beli kat sini ja
Bkan sja bleh walk in
Drive through pn bleh
Kah3~~


Tuesday, January 14, 2014

Pak mung pak mustape~

Bunga mekar
Bunga kesuma
Harumnya bagai bidadari
Fuh~~~

Lagu2 dlu
Jiwangnya susah nak dibayangkan
Dgar 2 3 kali baru paham
Tetiba keluag radio
Lagu legeng
2By2
Layan~
Kah3

Rumors bola sepak
Terkini
Player Athletico
Koke
Nk gi Manchester U.
18 Million fee
Btoi atau x?
Entah la
Nama pn rumors
Layan....
Pak mung pak mustape~~~


Monday, January 13, 2014

2-1

Arsenal
Naseb bek menang dgn Aston Villa
Benteke ni mmg agak kaw2
Target man yg bahaya

Tapi
Naseb bek Giroud score
Sekali tgk movement cam Falcao
Tp Falcao lg power
Keh3

 Then
Cristiano Ronaldo menang Ballon d'Or
Setelah 4 thn kalah dgn Messi
Akhirnya dpt jgak menang
Punya la lama tggu
Player EPL x nmpak pn
Dlm team of the year
Hahaha
X tau nk pilih kot.
Keh3

Komputer asyik dok 'hang'
Dah smpai masa kot.
Entah la
Tggu sja
Hm....

Maulidur rasul

Sempena maulidur rasul ni
Suma pakat2 post dlm fb
Penuh newsfeed
Bagus la tu

Tp sayang nabi 
Jgn la bermusim
Bila maulud sja sayang
Hari2 lain selawat pn x ingat

Buat satu menda biar ada rational skit
Org sekarang bijak2
Bukan mcm dahulu
Sekarang informasi no limit

Kangkung2 jgak
Selawat dan salam jgn lupa
Bkan sekali
Tapi hari2

Macai2 syok la hampa
Sbb kangkung turun harga 
Keh3

Bila rafizi buat statement pm jual aset negara
Sekoq pn x keluaq explain psai ni
Mknanya btoi la tu.
Are you Sad being Malaysian?

Sunday, January 12, 2014

Kangkung punya hal~

Kangkung punya cita
Kangkung turun harga
Alahai
Kangkung bangla tepi flat aku
Tanam tepi paya ja
Balek keja kontrak petik ja

Secara logiknya
Kangkung turun harga 

X memberikan manfaat pn
A
Sbb kangkung ni tumbuh menjalar
Hidup ja kalu cukup zat
Kalu nk boh baja bagai pn boleh
Kah3

Tahun 2014
Mgkin harga spender turun kot
Tu pun penting gak tu
Hahaha


Friday, January 10, 2014

No more fun being Malaysian

Being Malaysian
Buat sakit kepala sja
Dgn isu racist
Taraf hidup
Politik yg hancus

Kalu tgk filem p.ramlee
Dia dah repair semua menda ni dah dari dlu
Dgn Sindiran2 halus
Org yg tgk betol2 ja paham

Nk wat camna
Tshun ni harap2
Semua ok

Wallahualam~

Thursday, January 9, 2014

Early.

Last paper test hari ni
Hujan lebat sungguh
2 hari x bkak kipas
sejuk oooooo

Measle
Mumps 
Rubella
Whatever
Fokus

Nak terkucil ja keja
kah3
tp
tgk Maharaja Lawak Mega
best jgak
Jambu cam haram dia punya lawak
kah3~

Macam-macam hal

La ni
mcm2 hal
Sultan Melaka mai la
Minyak naik la
Suma ada

Syukur la Malaysia masih aman
pengeluar condom terbesar dunia?
Malaysia kan antara pengeluar getah dunia
jadi mmg tak hairan la

tapi orang luar punya angggapan lain
terutama overseas people
condom ni umpama simbol seks jugak
org 'luar' ni anggap
Malaysia ni rakyatnya 
mostly sangap seks

aku pn baru tnya member aku yg dok Beijing
dia ckap budak pompuan sna yg x keja
mai Malaysia ja utk 'melancong'
melancong ka melencong?
atau cari duit lebih?
entah la

tapi itu semua anggapan
ntah btoi ntah x
aku tak tgk tv sgt
bila tgk tv byk macai
tu yg maleh tu
kah3~

Arsenal vs Aston Villa
misi balas dendam
Isnin 4 pagi
kejadahnya aku nk tgk
aku keja pagi
hm....
prediction formation:
4-6-0
striker injured abeh
Vicente del Bosque
guna formation ni pn menang Euro
tp tu Spain
Arsenal?
Hopefully menang.
kah3~

Wednesday, January 8, 2014

Super Rugby 2014 incoming~

Daripada bola
kita beralih kepada ragbi
Super Rugby 2014
wohoo

Byk jgak berita best2
Robbie Fruean main dgn Chief
favorite man Rene Rangers main kat Europe
Habana main Europe
James O'Connor main Europe
Nonu balek main Blues
Benji Marshall?

Benji Marshall
dari NRL 
main Super Rugby
setahu aku
Sonny Bill William
yg paling sukses 
dlm transition dari NRL ke SupeRugby
nnti kita tgk persembahan dia
dkat Auckland Blues~
Benji Marshall. kanan

Tuesday, January 7, 2014

Walcott injured

Walcott injured
ACL
6 bulan 
until end of season

nak buat camna
hard luck utk dia
hard luck tuk Arsenal jgak
sbb dah x dak striker

tp seb bek dah Januari
transfer period ON!

Arsenal vs Spurs, 2-0. You mad Spurs?

Delete.

Post yang lama
aku delete abeh
bukak buku baru

fokus perkara yang utama
blog pn sbb abg aku dok gila blog
aku layan ja ni
saja

select,
delete,
puffff,!
New folder,
New Chapter,
New Balance!

Kah3~







BR1M

BR1M
kerajaan bagi kat semua
ingat bagi saja ka?
bagi tu ada makna 
keh3

aku pun isi2 suma
smpai Parlimen dgn Dun pun dia nak tau
apahal
x yah tau pn ok apa
ikhlas la skit
haish...



Early call

Pagi ni aku tgk blog2 yg aku follow
terutama sahabat2 aku laa
bila aku tgk satu blog ni
post dia suma lucah2 bagai
mmg lucah betol la
menakutkan

aku pn msg la sahabat aku ni
dia cakap dia dah lama x buat blog
sejak dia sebuk dia dah stop

aku pn msg la dia ckap blog dia dah kna spam
mmg teruk gila
7 8 post lucah2 belaka
tp naseb bek blog dia dah kena report 
dia pn dah lama delete

last2 dia call aku
tnya pasal tu
sbb dia dah delete jadi x dak masalah la
tp sbb guna nama dia 
dia jadi risau
hmmm...

mcm2 jgak ya
nak kata cam kna hack pn ada
tp yg kompom 
yg hack tu lelaki indon
sapa tu wallahualam

Jadi
yang ada blog tu selalu la update ya
nnti bila kna hack bleh tau
sbb anda yang menulis
anda yang kena bertanggungjawab
huhu~