Tuesday, January 21, 2014

Letih ternganga...

Dah dkat sebulan
Aku praktikal dlm ward A2 Neurology
Letih ternganga
Abeh kerja member2 suma kepala lembik 


Classmate yang sedang kepenatan selepas abeh shift

Aku pn x larat jgak.
Hari ni keja byk sgt
Tak menang tangan
Full throttle la orang kata

Nama pun student nurse
Laki plak tu
Keja2 heavy ni keja aku
Keja2 ringan pn keja aku

Yang penting
Kita jgn berkira sgt dgn kawan2
Bukan dgn kawan ja,
Dgn orang lain pn jgn berkira
Tolong menolong apa salahnya
Teamwork tu penting

Dunia nursing ni
Kalu x da teamwork
Nurse pn boleh mati
Mati sbb overwork

Bukan dlm nursing ja
Bahkan dalam semua bidang pkerjaan sekalipun
Teamwork tu penting.

Dunia blogger
Kalu teamwork tu kaw2
Mmg boleh success until peak level
Kenapa? Tak percaya?
Hehehe~

Siapa sebenarnya saya... Part 1

Dulu
Aku melalui period pembelajaran yang normal
Macam orang lain jugak
Step by step

Sek Ren Taman Ria
MRSM Pendang
Matrikulasi Penang
dan... U_ _ _

Lepas matrikulasi
Aku dapat tawaran utk amek engineering
Degree in Chemical Engineering
dengaq ja cam gempak

Gempak sbb apa?
Bidang yang luas
Potential job yg cemerlang
GAJI lumayan

Tapi
Lepas 2 tahun belajaq
Aku SANGKUT
memang KECEWA 
Ni bukan jatuh ditimpa tangga dah
Jatuh ditimpa bencana alam dah punya level

2 tahun yang sia-sia
Secara jujurnya salah aku pun ada jugak...
Aku bukan tak belajar
Tapi aku akui
Aku dikuasai environment

Aku bukan jenis suka berjoli
bukan jenis kaki perempuan
bukan jenis suka berfoya-foya
bukan jenis buat MLM (budak Uni ramai buat menda ni)

Tapi aku jenis suka BERSUKAN
Masuk ja Universiti mmg syurga bagi aku untuk bersukan
Aku mmg gila2 punya
Jarang la nak miss bersukan dalam sehari
Kalau hujan tu mmg dok rumah la

Aku main RAGBI
Sukan yang aku ceburi dari sekolah
Bila masuk ja universiti
Mmg aku tergamam

Mana tak nya
Aku main ragbi dgn player2 Malaysia
Ex-player Malaysia pun ada
Mmg rasa nak improve macam depa

Pulon gila2 punya
Never ending improvement
Orang kata harap boleh main sekali dalam tournament
Jadi reserve pun kira jadi la

Bila dah jadi kenalan dan masuk dlm team (reserve)
Boleh kata hujung minggu kalu ada tournament ragbi
Aku ikut coach
Dok atas tong ais pun tak pa
Asalkan boleh tgk teammate main ragbi

Banyak tempat aku travel
UPM, UiAM, UKM, Royal Selangor Club (RSC) 
dan macam2 lagi
Semata-mata nak tgk and support team

Hujung minggu
Mmg bukak buku sikit sangat
Everyday subject ssh nak cover
Everyday learning jugak susah nk catch up
Mmg pedih jugak time tu nk cover

Selalu hujung mggu ada jgak aku buat revision
Bila dah involve dgn ragbi, mmg hjg buku payah nak bukak
Letih punya pasai
Letih travel

Ada satu tournament yang aku main
Muscle aku tear
muscle dkat bahu kanan
mmg tak boleh angkat 2 minggu
Merana jugak la

Pastu ada sekali lepas training
Bahu kiri aku retak
Balek umah baru rasa
pukol 1 pagi pi hospital
Mmg azab la

Kesudahannya, aku KANDAS semester 4
Memang pedih gila2 punya
Hanya Allah yg tau hati aku macam mana
Dengan hutang PTPTN
Mmg SpeechlesS....

Tapi hidup mesti diteruskan..


That is the end of Part 1.

Gambar lama tp sekadar hiasan

Perkenalan diri yang lambat... Ampun~

Kepada para pembaca
Harap maaf
Saya belum memperkenalkan diri
Tulis ja pandai tp lupa nak introduce diri

Nama saya Yusuf
Umur 24 tahun
Second year Diploma in Nursing
Study dekat kolej swasta di Penang

Sebenarnya kalau diikutkan
umur 24 tahun
Selalunya umur takat ni dah abeh study dah
even dah keja dah pun byk

buat diploma ja pun
Tapi baru 2nd year
Tak pelik ka?
Even Engineering pun dah abeh blajaq dah

Kenapa ada yang cakap camtu?
Jawapannya adalah
Majoriti mereka yang ada 'sedikit info'
akan anggap 
aku study nursing umur 18-20 tahun
tapi jawapannya, aku start umur
22 tahun

Persoalan:
kenapa start belajar lewat dari kawan2 sebaya yg lain??
Nanti aku cerita...

p/s: update selepas ni akan menggunakan perkataan 'aku' dan bahasa rojak buah versi kedah yang sesiapa tak dapat tangkap boleh komen untuk bertanya.




Minat~

Baru-baru ni aku terfikir
Nak tukar minat
Especially sukan
Intermission from rugby

Bukan aku tak mau main ragbi dah
Cuma nak tukar angin sikit
Kadang-kadang nak jugak kita ubah angin
Stick to one point not good enough for your life
Broaden your mind a bit

Then
Aku jalan-jalan kat Queensbay
Ternampak la kedai Golf
Layan ja la sat
tau dah x mampu

Tgk la aku semua menda
attire, batang golf, bag suma
mak ai
sememangnya sukan utk org kaya

Batang golf RM499 paling murah
Pergh
Siap ada tempat nak test hayun lagi
Mmg niat nak try, tp aku bukan potential buyer

Tp yang murah cap dia ja
Paling murah RM30
Brand TITLEIST
pronoun as 'Title list'
Brand yang x penah aku dok dgaq
Tp femes nak mampueh
femes utk golfer ja la

Adam Scott, Rank No 2 
Adam Scott
Golfer ranking no2 dunia pakai brand ni
pergh
Sapa layan golf tau la
Info ni mem
Kah3

Pastu tgk Tennis plak
Macam2 brand racket
Wilson la, entah apa jenama suma ada
Tapi yang best tgk racket jenama BABOLAT

Nama pn Babolat
Aku ingat orang Malaysia yang reka jenama ni
Sempena perkataan 'bulat'
Tgk2 brand Babolat ni femes nak mampos

Rafael Nadal selalu pakai brand ni
Mmg terkejut la aku
Tp tgk nama pun Babolat
Babujur x dak ka
keh3


Walau apa pun
Tu suma target ja
Paling dekat pun tennis
Golf jauh sekali
kalu nak try test power
Pi hayun kat LAGUNA MERBOK
ada tempat nak hayun
bayaran tak pasti
sbb aku pun x penah pi lg
keh3~

Sapa tau tmpat ni tau la. keh3
sumber: Internet.