Thursday, February 13, 2014

Taik burung menjadi igauan

Lamanya
Tak update blog ni
Sebab sibuk 
Dengan praktikal
Plus blog baru

Apa-apa hal pun
Cerita tetap kena cerita
Baru ternganga
Bila melihat dunia

Jalan Macallister
Antara jalan yang paling sibuk
Dan sini jugaklah
Tempat tiang telekom dulu jatuh
Sampai keluar tv

Tapi
Jalan untuk pedestrian
Memang tak boleh blah
Nampak meriah sangat
Nak tau kenapa?
Nin dia!







Nampak tak?
Taik burung penuh jalan
Nak kata seni pun bukan
Seni apa camni

Aku pun mangsa jugak
Penah kena taik burung ni
Setempek dekat kepala
Pandai plak burung ni target

Siapa yang berani
Datang la pada waktu maghrib
Waktu burung berkicauan
Lalu bawah pokok ja
Cuba try ye
Hehe~

Saturday, February 8, 2014

Duit seringgit lama yang grande.


Baru-baru ni
Ada member-member
Cerita pasal duit lama
Siap buat frame bagai

Ada bawak duit RM20 lama
warna kelabu
Tunjuk untuk tatapan
Duit syiling macam-macam jenis
Duit Malaysia dulu-dulu

Lepas tu
Ada member
Bawak duit RM1 lama
Aku pun macam tak kisah la
Sebab aku pun ada jugak
tapi lunyai dah la
Saja simpan buat kenangan

Yang member aku ni
Bawa duit RM1 lama
Ada dekat 28 keping
Duit tu bukannya lembik
Keras-keras belaka
Terkejut jugak tengok


Yang lunyai atas tu aku punya. Yang lain member punya

Banyak gila duit RM1 lama dia

Process mengira. Takut kena curi. Keh3 
Keras-keras duit ni. Tak nampak macam duit lama kan?


Kalau tengok balik gambar paling atas
Duit RM1 tu
Ada dua jenis tandatangan
Aku pun tak tau tandatangan yang mana satu
Yang kita consider paling old school

Tapi
Dapat jugak aku bodek member aku ni
Dapat jugak duit yang ada tandatangan panjang tu
At least
Ada jugak koleksi duit RM1
Dengan 2 jenis tandatangan berbeza

Rasanya
Korang semua pun ada jugak kan?
Cuba check duit RM1 korang
Tandatangan yang mana korang ada?


Heheheh~

Thursday, February 6, 2014

Pak lawak hindustan

Govinda


Siapa yang tak kenal dia ni
Maknanya memang tak khatam tengok hindustan
Dia ni terkenal kot
Govinda

Kita kenal Shah Rukh Khan
Hrithik Roshan
Amitabh Bhachan
Dan lain-lain
Tapi dia ini boleh kata legend jugak




Cerita paling aku ingat
Deewana Mastana
Cerita cinta versi lawak
Kalau nak tau sinopsis
Tak menang tangan pula nak tulis
Hahaha





Pak lawak ni
Sekarang
Dia tak berlakon dah
Tapi
Boleh kata dia ni living legend la jugak
Dalam dunia perfileman India
Banyak award dapat

Tapi
Tengok muka dia pun
Boleh gelak
Tambah bila berlakon
Lagi keras perot gelak

Kah kah kah~



Tips untuk kaya.

Masa cuti tu
Aku dapat mesej yang ada kawan dah kahwin
The 1st guy in the batch aku yang kahwin
Memang rasa bangga dengan dia
Sebab tiada angin tiada ribut
Tengok2 dah kenduri
Alhamdulillah buat beliau.

Masa kenduri dia
Sempat jugak sembang2
Kawan2 laki pun ramai yang datang
Ada la plus minus 13 orang
Bila lama tak jumpa ni
Semua cerita keluar abeh
Kenangan kat MRSM
Memang basah ja mulut dok gelak

Tahniah buat pidot. Barakallah


Kemudian
Ada seorang kawan aku ni 
Tetiba tanya
'Sekarang nak kawin ni kena kaya baru hidup senang betoi dak?'
Member aku yang kawin ni pun cakap
'Nak tau tips untuk kaya?'
Kami yang lain2 pun tertanya2

Jawapannya ialah
KAHWIN

Apa yang dia jawab tu
Memang betul
Jika anda nak kaya
Kahwinlah
Dalam Al-quran pun dah ditulis
Allah akan memberikan mereka rezeki pada mereka yang berkahwin
Ini lah fakta

Jeng jeng jeng jeeeeeng~~~~

Wednesday, February 5, 2014

Bersosial waktu cuti~

Bila cuti ni
Orang ingat aku nk jalan-jalan ja
Tapi
Tak semudah tu

Macam-macam benda nak kena buat
Revision utk clinical posting
Exam preparation
Tapi yg tu 40% ja
Hahaha

Yang lagi 60%
Enjoy life at home
Puh!!
Best kot

Bersosial pn lena jugak
Nak tau aku bersosial macam mana?
Nin dia!


Aku suka lepak dgn geng-geng ni
Macam-macam cerita boleh dengar
Kadang-kadang
Benda merapu pun keluar jugak
Kah3


Sambil tu 
Boleh tengok bola sekali
Pekena teh ais sepayung
Hahaha

Bagi aku
Inilah cara bersosial
Yang tak ramai anak muda buat
Mereka pun nak juga sembang dengan anak2 muda
Kita saja yang tak memahami

Kedai kopi
Tak semestinya bereputasi buruk
Tapi 
Ada jugak terselit elemen2 
Yang baik.

Hihi~

Sunday, February 2, 2014

Cuti..

Cuti tahun baru cina
Sangat syok oo
Mana taknya
Bukannya senang nak dapat cuti

Plan awalnya balik hari Rabu
Tapi sebab Rabu petang still praktikal
Jadi hari Khamis baru nak gerak balik
Barang semua siap tip top

Khamis pagi
Keluar dalam kul 8.45 pagi
Keluar awal cepat sikit sampai
Tapi jangan harap la
Sebab apa? 
Nin dia sebabnya


Orang ramai sgt
Penuh
50-50
Orang malaysia dgn foreigner

Kuar rumah kul 9pagi
Sampai kampung pukul 4 ptg
Mcm pi KL la pulak
Lama sungguh

Yang lama tu beli tiket ja
Berjam jam
Naik bas pn 45 minit ja
Nak wat macam mana
Pengguna kenderaan awam kena la sabar...



Hm...